Hatiku berdebar-debar hari ini.Segala kekuatan, aku kumpulkan untuk menghadapi peperiksaan berlisan. “hello,assalamualiakum mak,mak apa khabar?sihat?hari ini Awa ada periksa ,doakan ye,” kataku kepada emak di dalam telefon sebelum menduduki peperiksaan.
“Alhamdulilah saya boleh jawap soalan-soalan tadi,”kataku pada ustazah In.Guru yang menjadi guru kelasku itu seorang yang mengambil berat perihal anak muridnya. Beliau juga adalah warden yang dipertanggungjawabkan utuk menjaga kami di asrama perempuan.
Dalam keaadaan gembira aku pulang ke asrama,terasa lega dihatiku selepas peperiksaan yang aku nantikan sudah selesai.Aku rebahkan badanku di atas katil sambil teringat emak di kampung “Seronoknya tidak lama lagi nak pulang ke kampung,”kataku didalam hati sambil menghitung hari untuk pulang.Aku tidak sedar bila aku terlelap,mungkin sebab terlalu letih aku tertidur. “Wa,Wa bangun,ustazah In panggil,dia nak jumpa kau sekarang,” kata Rashidah kawan baikku.Shidah adalah teman aku dari kami tingkatan satu hinggalah sekarang.kemana sahaja kami pergi mesti berdua,sehingga ada yang mengelar kami seperti belangkas dan sepasang kembar yang tidak boleh berpisah.Dalam keaadaan tidak rela aku cuba bukakan mataku yang terlalu berat untukku buka.Dalam hatiku berkata,kenapa tetiba ustazah panggil aku. “Shidah,kenapa ustazah panggil aku?”Tanya aku pada Shidah. “Dia nak suruh kau jumpa Faiz agaknya,”kata Shidah sambil gelak kenakan aku.Faiz rakan kelasku juga,guru-guruku suka padankan aku dengan Faiz.Dia antara kawan aku yang paling pemalu,tapi yang aku kelakar dalam malu-malu ada hati dengan aku. Aku tersenyum sendiri bila ingatkan kembali waktu dia gementar untuk membentang kertas kerja di depan kelas,kawan-kawan kenakan dia sehingga dia tidak boleh bercakap bila di depan kelas sebab terlalu malu.“Hoi,Wa! Berangan ke?cepatlah pergi siap ustazah panggil kau lah,” kata Shidah bila melihat aku tidak bangun dari katil lagi.Dalam keadaan malas,aku menyarungkan tudung ke kepalaku.Dengan perlahan aku turun ke bilik ustazah In,tiba-tiba aku rasakan hatiku berdebar,aku pelik kenapa ustazah panggil aku.
Aku melihat jam di tangan baru pukul 2.45 petang.Tok,tok, “Assalamualiakum,”kataku sambil mengetuk pintu bilik ustazah. “Masuk,” suara di dalam menyuruh aku masuk.
“Salwa, awak kena balik ke kampung sekarang,” kata ustazah In. Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati. “Kenapa ustazah?” soalku padanya. “Awak mesti tabahkan hati ya,mak awak sedang sakit,akak awak telefon saya minta awak pulang ke kampung sekarang,”jawapnya.Air mataku terus mengalir laju tanpa dapat aku tahan.Aku bergegas naik ke bilikku,sambil tersedu-sedu menahan tangisan.Tanganku lincah mengemas pakaian. “Wa,Wa kenapa ni?kenapa kau menangis?tanya Shidah. “Mak aku sakit,aku kena pulang ke kampung,” jawapku ringkas.Kawan-kawan memberi semangat supaya aku tabahkan hati dan kuatkan semangat.Nasibku baik,sampai sahaja di depan pintu pagar sekolah, bus kebetulan lalu.Aku menaiki bus, “ Tangkak,” kataku kepada konduktor bus sambil bertukar duit dengan tiket.Aku tidak hiraukan mata-mata yang memandang kearahku yang sedang menangis. Dalam hati aku mendoakan supaya tiada apa-apa yang berlaku pada emakku.Aku tahu makku ada penyakit tapi aku terkejut sebab waktu aku menelefon emak ,keadaan emak sihat sahaja dan ceria. Bermacam-macam aku fikirkan. Aku cuba elakkan diri dari fikir yang tidak baik.
Bus berhenti di perhentian bus Tangkak,aku bergegas turun,fikiranku kosong,aku hanya risaukan emak, Aku mengangkat ganggang pondok telefon,dengan pantas jariku menekan nombor telefon kakakku. “Awa dah smpai Tangkak,ambil awa,mak kat mana?” soalku pada kakak. “ Nanti kak long datang ambil,”jawap kakakku. Kak long adalah gelaran untuk aku sepupuku.Dia yang akan menjemput aku dan membawa aku pulang ke rumah.“Mak mana?mak awa kat mana?” Tanya ku pada kak long, “Kita balik rumah dulu ya,” jawapnya ringkas.
Kelihatan kereta pak cik-pak cik dan mak cik- mak cik aku memenuhi halaman rumahku. Hatiku berdebar-debar,tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.Mana emakku,bayangan ayah dan kakakku juga tidak kelihatan. Aku bergegas masuk kerumah,terasa duniaku gelap.bila melihat ramai orang berkumpul di ruang tamu berpakaian putih. Aku memanggil emakku, aku bertanya pada nenekku, kemana emakku,kenapa orang berkumpul di rumah. Nenek menenangkan keaadaan diriku yang hampir tidak sedarkan diri. “Sabar ya Wa, mak kamu ada di hospital,keaadaannya kritikal kerana terlibat dengan kemalangan,” kata nenekku ibu kepada emakku.Aku meraung menangis untuk berjumpa dengan emakku.Nenekku berkata padaku,supaya bersabar tenangkan diri,doakan emakku dipanjangkan umur. Emakku terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang ke rumah dari tempat kerja.sebuah kereta masuk kearah jalan yang bertentangan kerana tergesa-gesa.Kakak dan ayahku ada di hospital.
Aku mengajak pak cik pergi ke Hospital Pakar Tun Fatimah,Muar,dimana emakku di tempat. Di dalam hati aku panjatkan doa buat emakku supaya diberi kekuatan untuk terus hidup. Aku tidak sanggup kehilangan emakku yang banyak memberikan semangat dan dorongan buat kami sekeluarga. Keadaan di hospital agak bising,aku tidak peduli dengan keadaan itu,yang ingin aku temui adalah emakku.Aku tidak dapat menahan air mataku untuk keluar lagi,apabila aku melihat kelibat ayah dan kakakku.Kakakku memeluk tubuhku,menenangkan keaadaanku. “Emak mana kak?Awa nak jumpa mak,”kataku padanya. “Doktor sedang merawat mak,sabar ya,” jawap kakakku. Tidak lama kemudian doktor membenarkan aku melihat emak. Aku bersyukur,emakku masih hidup,doktor memberitahu bahawa emakku seorang yang kuat semangat,kerana masih dapat mengumpulkan kekuatan untuk terus hidup walaupun mengalami kecederaan yang teruk.Aku bangga mempunyai emakku sepertinya kerana mempunyai semangat yang kental dan mampu berlawan dengan kesakitan. Ya, Allah aku bersyukur kepadamu kerana memberi ruang kepadaku untuk berjumpa dengan emak dan masih ada ruang untuk aku menjaganya dan membalas jasa-jasanya.
Aku berkorban untuk menjaga emakku,kebetulan waktu itu bermula cuti sekolah.Selama dua bulan aku menjaga emakku,akakku membantu ayah menguruskan adik-adikku yang masih kecil. Aku bersyukur karana mendapat seorang ayah yang cukup sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah. Terima kasih ya Allah.Waktu yang cukup mendebarkan diriku apabila emakku terpaksa bertarung dengan nyawa selama berjam-jam di dalam bilik pembedahan. Alhamdulilah,emakku selamat melalui detik-detik itu.
Emakku telah kembali kerumah,doktor memberitahu bahawa emakku akan cacat seumur hidup dan mengambil masa yang lama untuk boleh berjalan.Tabahnya hati emakku untuk melalui detik-deti yang sukar.Aku bangga mendapat emak sepertinya tabah menghadapi segala ujian Allah,sabar menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang tidak sempurna lagi. Namun emakku bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk melihat akak,aku dan adik-adikku yang lain berjaya. Emakku menjadi idola buat kami sekeluarga walaupun tidak sempurna seperti dulu tetapi emakku bersemangat kuat untuk membantu ayahku membesarkan kami semua. Sifat kesabarannya ,melakukan kerja rumah walau hanya berkerusi roda membuatkan jiwaku tersentuh. Besarnya pengorbanan emakku,betapa cekal hatinya menjadi seorang emak yang baik buat anaknya. Terima kasih ya,Allah kerana kurniakan emak sepertinya. Akan ku jadikan emak ku sebagai idola hidupku untuk melalui kehidupan yang akan datang. Aku sayang padamu emak.
0 comments:
Post a Comment