BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 30, 2010

DOA-DOA HARIAN...


DOA MOHON KETENANGAN JIWA

ربّنا افرغ علينا صبرا وثبت اقدامناوانصرنا على القوم الكافرين ربنا لا تزغ قلوبنا بعد اذهديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انكّ انت الوهاب اللهم
ثبتنى ان ازل واهدنى ان اضّل اللهمّ كما حلت بينى وبين قلبى فحل بينى وبين الشيطان وعمله اللهمّ انّى أسألك نفسا مطمئنة تؤمن بلقاءك
وترضى بقضاءك وتقنع بعطاءك

"Ya Tuhan kami,curahkanlah kesabaran ke atas ke atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan orang kafir. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan berikanlah kepada kami hadirat-Mu rahmat kerana Engkau adalah yanh Maha Pemberi. Ya Allah,ya Tuhan kami,kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpesongnya iman dan berikanlah petunjuk dari kemungkinan kesesatan. Ya Allah, sebagaimana Engkau berikan penghalang antara aku dengan syaitan serta perbuatannya. Ya,Allah aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang dan tenteram yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan redha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

DOA UNTUK MENGHILANGKAN KESUSAHAN DAN KESEDIHAN

لا إله إلاّ الله العظيم الحليم لا إله إلا الله ربّ العرش العظيم لا إله إلاّ الله ربّالسموات وربّ الأرض وربّ العرش الكريم

" Ya Tuhan melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha sabar. Tiada Tuhan yang melainkan Allah,Tuhan pengatur arasy yang Maha Besar,tiada Tuhan melainkan Allah Tuhan langit dan Tuhan bumi dan Tuhan Arasy yang Maha Mulia.

DOA DIJAUHKAN DARI GANGGUAN SYAITAN

اعوذ بالله السّميع العاليم من الشّيطان الرّجيم من همزة نفخه ونفته

" Aku berlindung kepada Engkau yang Maha Mendegar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang terkutuk,dari umpatannya dari lidahnya dan (bisikannya) hembusannya.

Read more

AZABNYA SEKSAAN ALLAH...

Berkata Syaidina Ali RA: "Pada suatu hari ketika saya dan Fatimah pergi ke rumah Rasuluallah SAW. Apabila kami melangkah masuk ke rumah,kami dapati Rasuluallah sedang menangis.Lalu saya bertanya kepada baginda: Wahai Rasuluallah mengapa tuan menangis?"

Kemudian Rasuluallah menjelaskan dengan berkata: "Sewaktu aku diisra' kan ke langit,aku dapati dan melihat di sana terdapat orang-orang yang diazab. Sebab itulah aku menangis kerana mengenangkannya."

Lantas Saidina Ali RA bertanya lagi: " Wahai Rasuluallah!Apakah yang kamu lihat? Rasuluallah berkata: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi kaum wanita iaitu :

1) Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2) Orang perempuan yang digantung dengan lidah dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya kemudian minyak air dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3) Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air dari kayu zakum dituang ke dalam kerongkongnya.

4) Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kaki dan dua tangan sampai ubun-ubunnya dan dibelit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking.

5) Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan dibawahnya terdapat api yang menyala-nyala.

6) Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting-gunting dari neraka.

7) Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8) Orang perempuan yang bisu,tuli dan buta di dalam peti dari neraka sedangkan darahnya
mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidung,telingga dan mulut.Badannya pula
berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9) Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai,
mereka mendapat seksa demi seksaan yang tidak terhingga.

10) Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke
dalam mulunya dan keluar melalui duburnya dan malaikat memukulnya dengan gondom dari
neraka.



Read more

Monday, March 29, 2010

CARA MENGATASI TEKANAN

1) Kita mestilah menerima kenyataan dan hakikat bahawa setiap yang berlaku adalah ujian dan ada hikmahnya.

2) Kita janganlah tunduk kepada tekanan perasaan,dan harus memiliki semangat juang yang tinggi untuk menghadapi dan mengatasi tekanan.

3) Kita mestilah cekal,tabah dan berfikiran positif agar hidup tidak dikuasai oleh perasaan bersalah dan kecewa dengan tekanan.

4) Kita tidak boleh mengikut perasaan kecewa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan yang boleh menambahkan kekecewaan dan tekanan dalam hidup remaja.

5) Mendekatkan diri kepada Allah adalah cara yang terbaik sekali bagi mengasi dan membuang tekanan hidup.Seperti membaca Al-Quran,berzikir dan beristighfar kepada Allah.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa di antara kamu berdoa,maka hendaklah dia menaruh harapan yang besar kepada Allah kerana Allah lebih besar daripada harapan itu."
Read more

TANDA-TANDA AKIBAT DARIPADA TEKANAN

1) Kurang sekera makan.

2) Tidak boleh tidur(gangguan semasa tidur).

3) Mudah marah dan emosional.

4) Sensitif.

5) Terasa ingin menangis.

6) Gangguan saraf seperti terketar-ketar.

7) Sakit jantung.

8) Menderita sakit kepala yang berulang-ulang kali.

9) Semput dan sesak nafas.

10) Sering terasa sengal-sengal badan.

11) Lengguh sendi.

12) Terasa berat di leher.

13) Sering berada dalam keadaan gelisah.

Andai kata kita berdegil dan membiarkan tekanan itu akan menyelubungi hidup kita dan akan memberi kesan yang lebih terk lagi seperti:

1) Tidak dapat mengawal perasaan marah.

2) Terasa amat sensitif yang menyebabkan kita suka menyendiri.

3) Suka mengurung diri dan tidak mahu diganggu.

4) Hilang minat untuk belajar.

5) Hilang keyakinan diri.

6) Tidak boleh menyesuaikan diri dalam khalayak ramai.

7) Jiwa tidak tenteram dan fikiran amat serabut dan bercelaru.

8) Wajah yang tidak ceria dan terpancar kegusaran yang berlaku dalam diri.

9) Segala keputusan yang dibuat tidak rasional.

10) Membuat keputusan mengikut perasaan dan emosi.

11)Sering mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

12) Tidak ada keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam hidup.

13) Tidak boleh bergurau dan ketawa.

14) Benci pada diri sendiri.

15) Terasa semua orang membenci kita.

16) Terlalu benci apabila melihat orang lain mendapat kejayaan.
Read more

Sunday, March 28, 2010

STRESS!!!

Firman Allah:
Sesungguhnya manusia diciptakan dengan keluh kesah lagi kikir.Apabila mereka ditimpa kesusahan mereka akan keluh kesah dan apabila mendapat kebaikan mereka akan kikir kecuali orang-orang yang tetap(istiqamah)dalam mendirikan sembahyang."(Al-Ma'arij:19-23)

Sebagai manusia biasa,boleh dikatakan semua orang menghadapi stress atau tekanan dalam hidup sama ada orang dewasa atau remaja.Kita tidak dapat lari daripada masalah dalam hidup ini.Bab kata orang "Bumi mana tidak ditimpa hujan","Lautan mana yang tidak bergelora".Tekanan adalah asam garam kehidupan ini.Ia datang silih berganti.Tekanan merupakan merupakan apa sahaja yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan dalam hidup kita.Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikan tekanan yang kita alami.

Remaja yang tidak mempunyai ketahanan diri yang kuat dan tunduk kepada tekanan yang dihadapi akan memberi kesan yang negatif kepada diri sendiri.Namun demikian,tekanan juga boleh mendatangkan kesan yang positif.Apabila tekanan tidak dapat dikawal ia akan membawa kepada sakit jiwa dan boleh menjadi gila dan akan membawa kepada maut.

Sebagai contoh, seorang pelajar yang mabuk cinta dan cintanya itu ibarat isi dengan kuku dan todak boleh dipisahkan antara satu sama lain.Sering berdua-duaan walau di mana mereka berada.Sama ada di sekolah,ketika mengulangkaji pelajaran,masuk universiti dan sehinggalah mereka berada di dalam alam pekerjaan.Akan tetapi hubungan mereka tidak mendapat restu orang tua.Jadi perhubungan mereka sering mendapat halangan sehinggalah salah seorang daripada mereka dipaksa berkahwin.Apabila hubungan mereka terpaksa diputuskan,maka timbullah ketegangan.

Justeru itu, mereka menghadapi tekanan dalam perhubungan tersebut.Lantaran itu mereka membuat perancangan demi perancangan untuk mengatasi masalah tersebut.Tidak mustahil mereka akan lari dari rumah dan meninggalkan pekerjaan.Meninggalkan segala-galanya kerana cinta mereka terlalu hebat.Namun kebahagiaan untuk hidup bersama belum tercapai walaupun mereka dapat hidup bersam.Kebahagiaan dan keseronokan masa bercinta belum tentu akan membawa kebahagiaan selepas mereka berkahwin kerana hidup semasa bercinta dengan hidup selepas berkahwin tidak sama.

Tekanan yang mereka hadapi itu memaksa mereka melakukan pengorbanan dan sanggup menderhaka kepada ibubapa sendiri,yang telah membesarkan mereka,yang memberikan makan dan minum dan segala-galanya sehinggalah mereka dewasa.Namun semuanya tidak ada erti lagi kerana ketika itu cinta lebih penting.Andaikata perancangan yang mereka buat gagal atau digagalkan,apakah yang akan terjadi?cuba kita bayangkan perkara ini.Jawapannya pada anda, dan pastinya mereka itu akn menghadapi tekanan.




Read more

CIRI-CIRI MEMILIKI KEYAKINAN DIRI

1) Mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan diri sendiri.

2) Tabah dan cekal dalam menghadapi segala ujian dan cabaran hidup.

3) Berfikiran positif dalam apa jua perkara yang dilakukan dengan melihat kebaikan
lebih banyak daripada keburukan.

4) Membina kekuatan dan keyakinan diri dengan bersungguh-sungguh.

5) Bercita-cita tinggi dan tidak gentar dengan cabaran.

6) Sanggup melakukan perubahan dalam diri sendiri demi masa depan.

7) Hidup berdisiplin dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan sejahtera.

8) Yakin dengan pertolongan Allah yang akan memberi taufik dan hidayah kepada kita.

9) Mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya dan cemerlang dalam pelajaran atau
kerjaya yang diceburi.

10) Tidak takut dengan teknologi dan zaman cyber.

11) Berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diri.

12) Bergantung kepada ketentuan Allah dan pasrah pada ketetapanNya.

13) Tidak berputus asa apabila mengalami kegagalan dalam hidupnya malah akan terus
berusaha sehingga berjaya.

14) Menyahut segala seruan dan cabaran yang mendatang.

15) Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri ke arah kehidupan yang lebih baik.
Read more

MEMBINA KEYAKINAN DIRI REMAJA

Berkata Ahli Falsafah:
" Optimis dan keyakinan diri yang tinggi itu adalah asas kepada kejayaan seseorang individu dan kebahagiaan hidup seseorang.Jika keyakinan sudah tiada,jadilah dia seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengenal dunia luar."(John Killer)

Hidup ini terlalu payah dan sukar untuk dimengertikan jika kita tidak memiliki ilmu pengetahuan dan malas untuk mendapatkanya.Ramai orang yang kecewa dalam dunia ini kerana tidak memiliki ilmu dan tidak ada keyakinan diri yang tinggi terhadap kemampuan diri sendiri.Mereka kalah dan tunduk pada tekanan dan tidak mahu berjuang.

Mereka jatuh dan rebah tetapi tidak mahu bangun semula.Mereka adalah insan yang sangat dayus dan bukan seorang pejuang yang berani untuk menghadapi realiti kehidupan.Lantaran itu,remaja mesti sedar bahawa setiap orang di antara kita mesti yakin kepada diri sendiri dan optimis untuk mengubah hidup kita.Yakin bahawa kita berkemampuan untuk berjaya dan cemerlang sama ada dalam pelajaran atau kerjaya yang diceburi.Justeru,remaja tidak seharusnya tunduk dan mengaku kalah pada persekitaran sekeliling yang akan memberi sedikit cabaran kepada diri kita.
Read more

Monday, March 22, 2010

SABAR KEAJAIBAN MUKMIN

"Apakah aku seorang yang penyabar pada masa-masa yang lalu, dan apakah aku mampu bersabar lagi pada masa-masa akan datang?"

kemungkinan itulah monolong hati kecil kita setelah kelihatan amat 'lelah' dan 'semput'menghadapi ujian getir dan bebanan hidup yang bertali arus memukul dan menghentam bahtera kehidupan kita.

Akan tetapi, atas kesedaran yang tinggi bahawa dunia sememangnya mutlak diciptakan Allah negara ujian dan dugaan,maka mahu atau tidak kita mestilah memilih untuk terus bersabar dalam menanggung segala ujian dan dugaan, maka mahu atau tidak kita mestilah memilih untuk terus bersabar,berlatih bersabar atau memaksa diri untuk bersabar dalam menanggung segala ujian,dugaan dan keperitan hidup itu kerana disana tiada jalan lain untuk kita meraih keampunan,kejayaan ,kemuliaan dan syurga dari Allah SWT.

Itulah persiapan awal yang paling tidak,mampu dan berjaya dicapai,direalisasi dan dilestarikan dalam diri kita bagi mendepani rintangan hari-hari mendatang.
kemampuan melestarikan kesabaran saat dirundung musibah adalah petanda kebenaran dan keampuhan iman di dalam diri mukmin.

Sabda Nabi SAW:"Ajaib sekali urusan(kehidupan)seorang Mukmin.Semua urusan(perkara)didalam hidupnya baik belaka. Keajaiban itu tiada pada diri seseorang melainkan pada diri Mukmin.Jika dia dilimpahi kegembiraan(nikmat),maka itu baik baginya dan jika dia dilanda kemudaratan dia bersabar,maka itu(juga)baik baginya."(Riwat Muslim)

Sifat sabar yang dijana dan dilatih berterusan,mudah-mudahan akan membenihkan pula sifat redha yang sangat tinggi kedudukannya di sisi Allah SWT.
Selain itu,menurut sebahagian para ulama,kemuncak sifat sabar itu adalah sifat redha kepada Allah.Bermakna,lagi tinggi kesabaran seseorang,maka lagi lebat dan subur jugalah sifat redhanya.

Andai sabar itu milik golongan Abrar(para solihin,maka redha pula milik golongan Muqarrabin(Muttaqin.

Sabda Nabi SAW:"Sesungguhnya besar ganjaran(pahala itu)berserta besarnya ujian(yang menimpa).Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum,(nescaya)Dia akan menguji mereka,maka baginya(ganjaran)keredhaan dan sesiapa yang membencinya,maka baginya(balasan)kebencian."(Hadis Hasan riwayat at-Tirmizi)
Read more

Monday, March 15, 2010

INFO KESIHATAN

Yang baik pada kekacang –mungkin ada yang bertanggapan bahawa kacang adalah musuh kulit. Nyata,hasil daripada pelbagai kajian mendapati tanggapan tersebut adalah salah sama sekali.Ini kerana zat yang terkandung di dalam kacang mempunyai khasiat yang berguna untuk kulit kita.
Namun begitu,masih ada ramai yang tersalah anggap bahawa semua jenis kacang itu,seperti kacang hijau,tergolong dalam kelompok kekacang.Mungkin sudah tiba masanya untuk anda membetulkan anggapan tersebut.

Kacang adalah buah atau biji tanaman seperti badam dan kacang tanah.Manakala kacang soya,kacang hijau dan kacang merah pula tergolong dalam legum atau kekacang.Walaupun berbeza,tetapi kedua-duanya kaya dengan protein,vitamin A dan B1,serta mineral seperti zat besi dan serat.

Info menarik mengenai kacang:

- Kacang dan kekacang adalah sumber khasiat yang boleh menjadi pengganti protein haiwan.
- Jangan takut untuk makan kacang! Penelitian membuktikan bahawa ,umumnya lemak kacang
termasuk dalam kelompok lemak tidak tepu atau dalam erti kata lain,ia sangat bermanfaat
untuk tubuh kita kerana mampu menurunkan kadar kolesterol.
- Pengambilan kacang secara berlebihan bagaimanapun sebaik-baiknya dielakkan iaitu tidak
melebihi 60 hingga 70 kalori sehari.
- Elakkan juga memakan kacang yang disaduri gula garam atau digoreng dengan tepung.

Awet muda dengan petai- Petai kaya dengan antioksida. Zat aktif antioksida mampu mampu melumpuhkan aktiviti radikal bebas superoksida hingga lebih daripada 70 peratus.Selain itu,di dalam petai juga ditemui asim amino ‘triptofan’ di mana ia akan berubah menjadi hormone serotonin. Hormon inilah yang membuat kita merasa relaks,nyaman dan ‘mood’ juga menjadi lebih baik,setelah makan petai.Bukan itu sahaja,kandungan kalium yang tinggi pada petai juga bagus untuk penderita hipertensi.Namun begitu,sehingga kini masih belum ada data yang dapat memastikan berapa banyak petai yang harus diambil untuk melawan efek penuaan.Bagaimanapun anda boleh mengamalkannya kerana petai juga berkhasiat untuk kesihatan.
Read more

SETEGUH KETABAHANNYA

Hatiku berdebar-debar hari ini.Segala kekuatan, aku kumpulkan untuk menghadapi peperiksaan berlisan. “hello,assalamualiakum mak,mak apa khabar?sihat?hari ini Awa ada periksa ,doakan ye,” kataku kepada emak di dalam telefon sebelum menduduki peperiksaan.

“Alhamdulilah saya boleh jawap soalan-soalan tadi,”kataku pada ustazah In.Guru yang menjadi guru kelasku itu seorang yang mengambil berat perihal anak muridnya. Beliau juga adalah warden yang dipertanggungjawabkan utuk menjaga kami di asrama perempuan.

Dalam keaadaan gembira aku pulang ke asrama,terasa lega dihatiku selepas peperiksaan yang aku nantikan sudah selesai.Aku rebahkan badanku di atas katil sambil teringat emak di kampung “Seronoknya tidak lama lagi nak pulang ke kampung,”kataku didalam hati sambil menghitung hari untuk pulang.Aku tidak sedar bila aku terlelap,mungkin sebab terlalu letih aku tertidur. “Wa,Wa bangun,ustazah In panggil,dia nak jumpa kau sekarang,” kata Rashidah kawan baikku.Shidah adalah teman aku dari kami tingkatan satu hinggalah sekarang.kemana sahaja kami pergi mesti berdua,sehingga ada yang mengelar kami seperti belangkas dan sepasang kembar yang tidak boleh berpisah.Dalam keaadaan tidak rela aku cuba bukakan mataku yang terlalu berat untukku buka.Dalam hatiku berkata,kenapa tetiba ustazah panggil aku. “Shidah,kenapa ustazah panggil aku?”Tanya aku pada Shidah. “Dia nak suruh kau jumpa Faiz agaknya,”kata Shidah sambil gelak kenakan aku.Faiz rakan kelasku juga,guru-guruku suka padankan aku dengan Faiz.Dia antara kawan aku yang paling pemalu,tapi yang aku kelakar dalam malu-malu ada hati dengan aku. Aku tersenyum sendiri bila ingatkan kembali waktu dia gementar untuk membentang kertas kerja di depan kelas,kawan-kawan kenakan dia sehingga dia tidak boleh bercakap bila di depan kelas sebab terlalu malu.“Hoi,Wa! Berangan ke?cepatlah pergi siap ustazah panggil kau lah,” kata Shidah bila melihat aku tidak bangun dari katil lagi.Dalam keadaan malas,aku menyarungkan tudung ke kepalaku.Dengan perlahan aku turun ke bilik ustazah In,tiba-tiba aku rasakan hatiku berdebar,aku pelik kenapa ustazah panggil aku.

Aku melihat jam di tangan baru pukul 2.45 petang.Tok,tok, “Assalamualiakum,”kataku sambil mengetuk pintu bilik ustazah. “Masuk,” suara di dalam menyuruh aku masuk.
“Salwa, awak kena balik ke kampung sekarang,” kata ustazah In. Tiba-tiba aku rasa tidak sedap hati. “Kenapa ustazah?” soalku padanya. “Awak mesti tabahkan hati ya,mak awak sedang sakit,akak awak telefon saya minta awak pulang ke kampung sekarang,”jawapnya.Air mataku terus mengalir laju tanpa dapat aku tahan.Aku bergegas naik ke bilikku,sambil tersedu-sedu menahan tangisan.Tanganku lincah mengemas pakaian. “Wa,Wa kenapa ni?kenapa kau menangis?tanya Shidah. “Mak aku sakit,aku kena pulang ke kampung,” jawapku ringkas.Kawan-kawan memberi semangat supaya aku tabahkan hati dan kuatkan semangat.Nasibku baik,sampai sahaja di depan pintu pagar sekolah, bus kebetulan lalu.Aku menaiki bus, “ Tangkak,” kataku kepada konduktor bus sambil bertukar duit dengan tiket.Aku tidak hiraukan mata-mata yang memandang kearahku yang sedang menangis. Dalam hati aku mendoakan supaya tiada apa-apa yang berlaku pada emakku.Aku tahu makku ada penyakit tapi aku terkejut sebab waktu aku menelefon emak ,keadaan emak sihat sahaja dan ceria. Bermacam-macam aku fikirkan. Aku cuba elakkan diri dari fikir yang tidak baik.

Bus berhenti di perhentian bus Tangkak,aku bergegas turun,fikiranku kosong,aku hanya risaukan emak, Aku mengangkat ganggang pondok telefon,dengan pantas jariku menekan nombor telefon kakakku. “Awa dah smpai Tangkak,ambil awa,mak kat mana?” soalku pada kakak. “ Nanti kak long datang ambil,”jawap kakakku. Kak long adalah gelaran untuk aku sepupuku.Dia yang akan menjemput aku dan membawa aku pulang ke rumah.“Mak mana?mak awa kat mana?” Tanya ku pada kak long, “Kita balik rumah dulu ya,” jawapnya ringkas.

Kelihatan kereta pak cik-pak cik dan mak cik- mak cik aku memenuhi halaman rumahku. Hatiku berdebar-debar,tertanya-tanya apa yang sudah berlaku.Mana emakku,bayangan ayah dan kakakku juga tidak kelihatan. Aku bergegas masuk kerumah,terasa duniaku gelap.bila melihat ramai orang berkumpul di ruang tamu berpakaian putih. Aku memanggil emakku, aku bertanya pada nenekku, kemana emakku,kenapa orang berkumpul di rumah. Nenek menenangkan keaadaan diriku yang hampir tidak sedarkan diri. “Sabar ya Wa, mak kamu ada di hospital,keaadaannya kritikal kerana terlibat dengan kemalangan,” kata nenekku ibu kepada emakku.Aku meraung menangis untuk berjumpa dengan emakku.Nenekku berkata padaku,supaya bersabar tenangkan diri,doakan emakku dipanjangkan umur. Emakku terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang ke rumah dari tempat kerja.sebuah kereta masuk kearah jalan yang bertentangan kerana tergesa-gesa.Kakak dan ayahku ada di hospital.

Aku mengajak pak cik pergi ke Hospital Pakar Tun Fatimah,Muar,dimana emakku di tempat. Di dalam hati aku panjatkan doa buat emakku supaya diberi kekuatan untuk terus hidup. Aku tidak sanggup kehilangan emakku yang banyak memberikan semangat dan dorongan buat kami sekeluarga. Keadaan di hospital agak bising,aku tidak peduli dengan keadaan itu,yang ingin aku temui adalah emakku.Aku tidak dapat menahan air mataku untuk keluar lagi,apabila aku melihat kelibat ayah dan kakakku.Kakakku memeluk tubuhku,menenangkan keaadaanku. “Emak mana kak?Awa nak jumpa mak,”kataku padanya. “Doktor sedang merawat mak,sabar ya,” jawap kakakku. Tidak lama kemudian doktor membenarkan aku melihat emak. Aku bersyukur,emakku masih hidup,doktor memberitahu bahawa emakku seorang yang kuat semangat,kerana masih dapat mengumpulkan kekuatan untuk terus hidup walaupun mengalami kecederaan yang teruk.Aku bangga mempunyai emakku sepertinya kerana mempunyai semangat yang kental dan mampu berlawan dengan kesakitan. Ya, Allah aku bersyukur kepadamu kerana memberi ruang kepadaku untuk berjumpa dengan emak dan masih ada ruang untuk aku menjaganya dan membalas jasa-jasanya.

Aku berkorban untuk menjaga emakku,kebetulan waktu itu bermula cuti sekolah.Selama dua bulan aku menjaga emakku,akakku membantu ayah menguruskan adik-adikku yang masih kecil. Aku bersyukur karana mendapat seorang ayah yang cukup sabar dan tabah dalam menghadapi ujian Allah. Terima kasih ya Allah.Waktu yang cukup mendebarkan diriku apabila emakku terpaksa bertarung dengan nyawa selama berjam-jam di dalam bilik pembedahan. Alhamdulilah,emakku selamat melalui detik-detik itu.

Emakku telah kembali kerumah,doktor memberitahu bahawa emakku akan cacat seumur hidup dan mengambil masa yang lama untuk boleh berjalan.Tabahnya hati emakku untuk melalui detik-deti yang sukar.Aku bangga mendapat emak sepertinya tabah menghadapi segala ujian Allah,sabar menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang tidak sempurna lagi. Namun emakku bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk melihat akak,aku dan adik-adikku yang lain berjaya. Emakku menjadi idola buat kami sekeluarga walaupun tidak sempurna seperti dulu tetapi emakku bersemangat kuat untuk membantu ayahku membesarkan kami semua. Sifat kesabarannya ,melakukan kerja rumah walau hanya berkerusi roda membuatkan jiwaku tersentuh. Besarnya pengorbanan emakku,betapa cekal hatinya menjadi seorang emak yang baik buat anaknya. Terima kasih ya,Allah kerana kurniakan emak sepertinya. Akan ku jadikan emak ku sebagai idola hidupku untuk melalui kehidupan yang akan datang. Aku sayang padamu emak.



Read more

Wednesday, March 10, 2010

salam....

hai kawan2....selamat datang ke wawa blog..he..he...x tau lagi nak tulis tentang pe...urmm..
Read more